Saturday, April 28, 2012

Bina Ayat


Bina Ayat
A.      1.(a)”Kita perlu ambil alih projek itu jika masih rugi lagi,”kata Rosli kepada Yong.
    (b)Pengambilalihan tanah-tanah terbiar untuk dimajukan daripada penduduk kampong berjalan dengan lancar.

2.(a)”Sila kemas kini fail kamu pada setiap hujung bulan,”kata tuan kerani itu.
(b)Raju tidak dapat mengemaskinikan kertas kerja yang ingin dihantar hari ini kerana komputernya rosak

3.(a)”Jangan campur aduk bahan yang telah saya asingkan itu,”kata ibu kepada kakak.
(b)Sebagai pelajar kita tidak boleh mencampuradukkan antara cinta dan pelajaran.

B.      1.(a)Baju kurung yang dijahit oleh Hasnah sungguh cantik kerana jahitannya halus.
    (b)Saya sering berasa haus sekarang akibat cuaca yang terlalu panas.

2.(a)Pada zaman dahulu kebanyakan pembesar negeri mempunyai hamba untuk membantu mereka melakukan pelbagai kerja.
(b)Ayah barasa hampa sekiranya saya gagal dalam peperiksaan SPM.

3.(a)Kamarul sungguh segak apabila berpakaian Melayu serta bersamping songket ketika menghadiri majlis rumah terbuka saya
   (b)Selepas sahaja saya memetik sayur-sayuran yang segar itu Jason terus menghantarnya ke kedai.

C.      1.(a) Pihak PBB telah membuat ketetapan bahawa semua pelarian harus dilayan dengan baik oleh negara penerima.
    (b)Penetapan harga barang keperluan pengguna oleh kerajaan perlu untuk menghindarkan sikap tamak pengjual.

2.(a)Kedudukan pasukan Selangor sebagai juaran liga bola sepak Malaysia tahun lalu menggentarkan pasukan Melaka.
    (b)Pendudukan tentera asing di negara Iraq telah membawa pelbagai implikasi buruk di negara tersebut.

3.(a)”Setiap orang yang membuat kebaikan akan mendapat balasan baik,”kata Ustazah Rosma.
    (b)Rumak Mei Yen dalam proses pembaikan selepas retak akibat tanah runtuh baru-baru ini.

D.      1. Apabila hampir dekat Hang Jebat menghunuskan kerisnya kepada panglima Majapahit.
2. Rumah Rafie sangat nyaman dan dingin kerana  berdekatan dengan kaki Gunung Ledang.
3. Jiran terdekat Nik ialah Pak Ami yang bekerja sebagai pemandu bas mini.
4. Dewasa ini pendekatan psikologi digunakan untuk memulihkan penagih dadah.
5. Setelah gagal dalam peperiksaan SPM,Fikri mula insaf dan mula mendekatkan diri kepada Allah.
6. Kamarul cuba mendekati orang gila itu tetapi malangnya dia tlah dipukul pula oleh orang gila tersebut.

E.       1.(a)”Jangan ambil buah itu jika tidak dapat kebenaran tuannya,”kata nenek kepada Farhan.
    (b)”Aku akan ambil alih jawatan pengerusi syarikat ini apabila ayahku bersara kelak,”kata Azman kepada rakannya,Sufian.

2.(a)Abah mudak jerih setiap kali menaiki tangga untuk ke pejabatya.
    (b)Hasil jerih payah pemimpin-pemimpin terdahulu negara kita sekiranya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

3.(a)Rashid pura-pura tidak kenal gurunya kerana ketika itu dia sedang merokok.
    (b)”Saya mahu semua ketua jabatan kenal pasti masalah anak buah masing-masing,”kata pengarah syarikat.

11 comments:

  1. Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya suka dengan ayat-ayat yang awak bina. Apabila saya tengok ayat yang awak bina, saya dapat belajar untuk membina ayat dengan lengkap. Saya ucapkan tahniah kepada awak. Sekian, Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. boleh saya bertnya apa nama awak?

    ReplyDelete
  3. boleh saya bertnya apa nama awak?

    ReplyDelete
  4. Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya suka dengan ayat-ayat yang awak bina. Apabila saya tengok ayat yang awak bina, saya dapat belajar untuk membina ayat dengan lengkap. Saya ucapkan tahniah kepada awak. Sekian, Terima Kasih.

    ReplyDelete